sahabat seperjuangan

HARAMKAN SEMUA CERAMAH POLITIK PAS!!!

Ceramah politik Pakatan Rakyat sangat merbahaya kepada keselamatan negara.

Setiap ceramah yang diadakan
mereka telah membuat fitnah dan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.

Jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera, rakyat jelata akan ditimpa bala petaka.

Penceramah2 yang membuat fitnah dan menghasut rakyat ini harus di tahan dibawah akta ISA.
free counters

Isnin, 11 Januari 2010

Ini lah kali pertama Bah sokong pendirian Tn Guru Hj Nik Aziz

Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

3 ulasan:

satuhala berkata...

Bah.. gaya bahasa kamu ini mudah disalah tafsir. Saya faham apa yang kamu mahu sampaikan. Tapi lain kali sila buat statement yang lebih jelas dan dapat difahami semua manusia yang masuk ke blog Bah ni. Benar, dengan membenarkan nama Allah digunakan. Gerakan missionary kepada orang asli akan mendapat kekuatan baru kerana akan kelihatan pada mereka yang kurang memahami kristian bahawa Islam dan Kristian itu tiada bezanya, malah pada mata mereka nanti, kristian itu lebih senang kerana khinzir, tuak dan sebagainya tidak diharamkan biarpun mereka tetap menyembah 'Allah'. Kerana itulah kita menentang penggunaan kalimah ini oleh mereka. Harap tulisan di lain kali tidak terlalu berpintal. Wassalam.

Bah Lontok berkata...

Apa yang nak di pintal dan apa yang berpintal?

Memang kami dari kaum asli sangat cetek tentang mana2 agama pun.

Itu sebab kebanyakan dari kaum kami cuma ikut mana yang senang sahaja.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Islam pun sudah kata tuhan itu SATU hanya ALLAH. Kebenaran ini memang kami semua akui. Jadi salahkah jika kami sembah tuhan yang satu itu (Allah)?

Adakah Allah itu semata2 untuk orang melayu/Islam sahaja? Di Indonesia pun kaum Kristian semua gunakan Tuhan Allah ketika bersembahyang.

Mengapa di Malaysia sahaja susah bagi agama lain pakainya?

Tam Dalyell berkata...

Sdr Bah

Saya pun macam Bah juga. Pilih yang senang.

Di zaman Nabi Isa a.s. semua kristian menyembah Allah.

Sepeninggalan Nabi Isa, setengah kristian menjadikan Isa a.s. itu tuhan. Diadakan juga dua lagi tuhan iaitu bapa tuhan dan roh tuhan. Kristian tidak lagi panggil tuhan dia Allah.

Allah tidak terima agamaNya diubah-ubah. Allah Pandang ini salah. Lalu Allah Utuskan Muhammad s.a.w. untuk membetulkan kesalahan ini.

Kristian tidak mengakui Allah tuhan Muhammad s.a.w. itu tuhan mereka. Mereka masih akui tuhan mereka yang tiga itu sampai sekarang.

Sekarang mereka mahu pakai nama "Allah" orang islam sahaja. Mereka mahu pakai nama sahaja supaya senang mengelirukan orang yang tidak tahu. Mereka kristian akan kata kepada rakyat Bah, "Tukan aku sama dengan tuhan orang Melayu"

Itu bohong. Tuhan kristian benarkan makan babi. Tuhan Muslim larang makan babi. Agama kristian senang. Agama Islam susah. Itu bohong lagi.

Kalau sama kenapa tuhan orang islam larang tapi tuhan kristian benarkan makan babi?

Semua orang biasa cari yang senang. Tapi semua orang pilihan cari yang benar.

Dapay yang benar dengan bertanya kepada orang uang benar.