sahabat seperjuangan

HARAMKAN SEMUA CERAMAH POLITIK PAS!!!

Ceramah politik Pakatan Rakyat sangat merbahaya kepada keselamatan negara.

Setiap ceramah yang diadakan
mereka telah membuat fitnah dan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.

Jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera, rakyat jelata akan ditimpa bala petaka.

Penceramah2 yang membuat fitnah dan menghasut rakyat ini harus di tahan dibawah akta ISA.
free counters

Selasa, 8 September 2009

PAS berangan2 jadikan Malaysia Negara Islam.

Bakal pemimpin Negara Islam PAS

Indonesia yang mempunyai keramaian penduduk islam nya lebih 80% tidak mampu ujudkan negara islam. Sedangkan Malaysia cuma ada penduduk islamnya cuma lebih kurang 50% sahaja, itu pun sudah berpecah kepada dua kumpulan fahaman politiknya.

Kalau dikira anggaran penyokong islam pada PAS cuma ada lebih kurang 25% sahaja. Yang 25% lagi tetap menjadi penyokong UMNO. Boleh kah PAS mengujudkan Malaysia sebagai negara islam dengan sokongan nya sebanyak 25% sahaja.

Mungkin PAS mengharaf penyokong dari UMNO pula menyokong mereka, ini sangat sukar berlaku kerana PAS sudah anggap UMNO sebagai kafir dan tidak akan menerima UMNO sebagai rakan nya.

Halangan paling besar bagi PAS untuk mengujudkan negara islam nya ialah dari rakan kongsi nya sendiri iaitu PKR dan DAP.

PKR mendapat sokongan dari kaum cina dan india kerana fahaman politik nya akan mengujudkan kesamarataan bagi semua kaum dan tanpa perjuangan untuk negara islam.

Cuba alihkan pandangan anda ke Sabah dan Sarawak pula. Mengapa PAS langsung tidak boleh hidup disana? Ini kerana penduduk disana majoriti nya bukan islam, itu sebab mereka sudah tolak PAS.

DAP memang sudah disahkan anti negara islam PAS. PAS kena langkah mayat Karpal Singh kalau mahu ujudkan Malaysia sebagai negara islam.

PAS sekarang berharaf DAP (cina dan india) sokong negara islamnya, sebenarnya sokongan DAP (cina dan india) kepada PAS bukan untuk bantu PAS ujudkan negara islam. DAP (cina dan india) ini ada agenda tersembunyi mereka, iaitu untuk pecahkan dan lemahkan kuasa politik melayu.

Bah sangat hairan mengapa penyokong2 PAS ini terlalu berfikiran sempit hinggakan tidak boleh fikir perkara kebenaran.

KERA DI HUTAN DI SUSUKAN

Sampai hati Tuan Guru, mementingkan DAP lebih dari kaum melayu yang beragama islam. Walaupun kaum melayu ini menyokong UMNO tetapi mereka semuanya melayu yang beragama islam. Mungkin Tuan Guru anggap melayu yang menyokong UMNO ini semuanya lebih buruk dari DAP yang menetang islam.

Perbuatan Tuan Guru yang menyokong DAP dan mengutuk UMNO ini sangat merugikan kaum melayu. Kaum melayu akan kehilangan kuasa pemerintahan akhirnya nanti. DAP ini sebenarnya komunis yang anti melayu dan juga islam. Perbuatan DAP menyokong PAS se mata2 untuk memecah belahkan kaum melayu. Dengan ini kaum melayu akan jadi tidak kuat lagi kerana berpecah.

Kaum melayu harus sedar PAS sudah jadi gila kuasa hingga sanggup memecah belahkan melayu cuma untuk kepentingan diri pemimpin2 mereka sahaja.

Bersatulah kaum melayu, menentang PAS yang sudah jadi gila kuasa.