sahabat seperjuangan

HARAMKAN SEMUA CERAMAH POLITIK PAS!!!

Ceramah politik Pakatan Rakyat sangat merbahaya kepada keselamatan negara.

Setiap ceramah yang diadakan
mereka telah membuat fitnah dan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.

Jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera, rakyat jelata akan ditimpa bala petaka.

Penceramah2 yang membuat fitnah dan menghasut rakyat ini harus di tahan dibawah akta ISA.

Isnin, 20 September 2010

Melayu membunuh kuasa politik melayu

Harapan untuk PR berkuasa selepas PRU-13 memang cerah selagi ianya mendapat sokongan penuh dari kaum bukan melayu. Ini ternyata benar berdasarkan kepada keputusan PRU-12 yang lepas. Hampir semua kawasan majoriti penduduk dari kaum bukan melayu tumbang ketangan PR.

Dikawasan majoriti penduduk melayu dan bukan melayu 50/50, BN cuma menang tipis atau kalah tipis. Berdasakan kepada keputusan PRU-12 yang lalu, BN sudah tumbang tergolek di Semenanjung. Kerajaan BN terselamat kerana masih mendapat sokongan dari Sabah dan Sarawak.

Hari ini keadaan politik di Sabah dan Sarawak sudah mula berubah. PRK di Sibu sudah beri isyarat lampu kuning kepada BN. Jika sokongan kaum bukan melayu di Semenanjung terhadap PR masih kukuh dan tidak berubah pasti BN akan menghadapi kesulitan besar pada PRU-13 akan datang ini.

Persoalan nya, mampu kah BN mengembalikan sokongan kaum bukan melayu terhadap BN sebelum PRU-13 menjelang? Para pemimpin2 BN jangan syok sendiri menganggap kaum bukan melayu sudah kembali sokong kerajaan berdasarkan ramainya pengunjung2 datang menghadiri majlis2 rumah terbuka atau mana2 majlis makan atau pemberian sumbangan atau geran tanah dan kunci rumah awam.

Kehadirian mereka ini tidak bermakna bahawa mereka sudah kembali menyokong kerajaan BN. Sebenarnya mereka sedang bermain 'tarek tali' dengan kerajaan BN. Dengan cara ini mereka boleh meraih 'keuntungan' besar. Permainan 'tarek tali' ini juga boleh melemahkan kuasa politik melayu yang akhirnya melayu akan kehilangan kuasa politik nya secara total.

Melayu harus sedar dan dapat memahami taktik politik kotor yang sedang di usahakan oleh PR ini. Melayu akan musnah jika terus berpecah belah dalam politik. Menyokong PR tidak akan mendatangkan apa2 keuntungan kepada kaum melayu, sebaliknya ianya akan membunuh kuasa politik melayu.

Perjuangan PAS yang tonggeng terbalik, lintang pukang tidak tentu arah mesti di jauhi dan di tentang habis2 habisan. PKR parti hampas bungan dari UMNO sudah memang nampak jelas berkiblatkan DAP yang anti melayu dan juga anti Islam. Hubungan diantara PAS, PKR dan DAP ini jelas akan memusnahkan kuasa politik melayu.