sahabat seperjuangan

HARAMKAN SEMUA CERAMAH POLITIK PAS!!!

Ceramah politik Pakatan Rakyat sangat merbahaya kepada keselamatan negara.

Setiap ceramah yang diadakan
mereka telah membuat fitnah dan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.

Jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera, rakyat jelata akan ditimpa bala petaka.

Penceramah2 yang membuat fitnah dan menghasut rakyat ini harus di tahan dibawah akta ISA.

Rabu, 13 Januari 2010

Isu 'Allah' sudah benar2 pecahkan PAS.


Isu 'Allah' yang tiba2 terbangkit hasil dari tuntutan 'The Cathilic Weekly' telah buat PAS terbelah dua. Walaupun ramai pemimpin2 PAS yang telah bersetuju dengan syarat, tetapi sebilangan besar ulama2 dalam PAS tidak bersetuju sama sekali.

Di kalangan penyokong dibawahan pun begitu juga, ada yang bersetuju dan ada ramai juga bersetuju. Jika dibuat kajian yang lebih ramai bersetuju itu ialah dari 'pemimpin2 PAS yang ada kepentingan' sahaja. Kumpulan ini tidaklah ramai jika dibandingkan dengan penyokong2 yang tidak bersetuju.

PAS pasti akan menghadapi masalah pada PRU13 nanti walaupun mendapat sokongan dari DAP dan PKR. Ini disebabkan kerana hampir semua kaum yang beragama Islam akan pasti menentang PAS.

8 ulasan:

Unknown berkata...

Soal setuju atau tidak setuju itu soal lain. Yang pentingnya penggunaan nama Allah dibolehkan bagi Agama Nasara dan Yahudi. Walau bagaimana pun kebenaranan penggunaannya bergantung kepada Kerajaan yang mengambil kira situasi dan kesejahteraan masyarakat.

Saya juga bersetuju dibolehkan mengikut agama Islam tetapi tidak bersetuju digunakan di dalam masyarakat Malaysia yang sudah terpahat nama Allah hanya untuk Muslim.

Perkara ini akan menjadikan umat muslim malaysia tidak selesa dan seolah haknya diambil.

Terima kasih kerana lawatan dan menjadi follower blog saya.

Arif Omar berkata...

ITULAH PAS. NAK LAKSANA HUDUD? ISU KALIMAH ALLAH PUN BERCELARU FIKIRAN MEREKA

Muhammad Ibnu Nazir berkata...

BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum, Satu artikel yang menarik, pendekatan blog berkenaan ilmiah juga begitu tertil dan tersusun. Sebagai teguran berguna untuk sekelian Muslim sejagat agar tidak lari dari nas-nas syariat-Nya. InsyaAllah.

Allah s.w.t adalah untuk semua makhluk ciptaan-Nya, alam semesta ini juga memerlukan Allah s.w.t. Bangsa2 dlm dunia ini yang berlainnan agama seperti budha, hindu, kristian, yahudi, ortodhok dan sebagainya memerlukan Allah s.w.t. Allah s.w.t itu bukan terhad kepada Islam semata-mata. setiap alam semesta ini memerlukan Allah untuk mentauhidkan-Nya. Cuma kekesalan dan bantahan kita adalah manusia yang mempergunakan kalimah Allah dan menganggap Allah s.w.t itu kepada pekara-pekara kesyirikan dan kekhurafatan. Ini adalah agenda yang wajib kita tentang. Allah s.w.t menguji setiap umat-Nya dengan berbeza-beza untuk melihat sejauhmana keimanan dan ketaqwaan kita terhadap-Nya.

Sebagai umat Islam, kita percaya dan telah termaktub didalam al-quran bahawa, setiap manusia itu tidak mungkin akan mengetahui, apa yang akan terjadi pada keesokan harinya, tempat bilakah ia akan meninggal dunia dan jantina dalam kandungan ibu mengandung. Ini adalah ketentuan dari Allah s.w.t. Manusia hanya merancang tetapi Allah s.w.t yang menentukan halatuju kita semua.

Berkenaan dengan menang atau kalah dalam pilihanraya itu bukan soal pokok bagi aqidah dan iman seseorang muslim, tetapi kalah dan bangkitnya rohaniah diri seorang muslim itu lebih penting untuk menjamin kesejahteraan hidup. Kita umat Islam adalah bersaudara, tidak kira apa jua fahaman dan ideologi yang kita bawa.

Firman Allah s.w.t :
'Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.' (surah Al-Hujurat - ayat 10).

sabda Nabi s.a.w :
'Manusia yang paling Allah benci adalah yang keras dalam perbalahan'
(HR Bukhari dan Muslim r.a).

Semoga kita semua berada di bawah lindungan dan rahmat Allah s.w.t. Amin.

Muhammad Ibnu Nazir berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MK IV berkata...

jemputan program dialog bersama pemimpin,
sila emailkan nama penuh, no ic, nama blog dan no telefon ke darulehsantoday.blog@gmail.com dengan kadar segera untuk booking tempat duduk.

nurimo berkata...

salam orang Darat,

Lebih baik dalam umno pada dalam pas.

Bah Lontok berkata...

Banyak2 Terima Kasih kepada semua yang telah sudi berkunjung dan buat ulasan.

Mohamadazhan.com berkata...

tiada masalah Isu Kalimah Allah ni, bukan perkara yang besar sgt pun, cuma media sahaj yang membesar2kan sgt. perkara ni biasa saja di negara2 Islam yang lain, mungkin baharu lagi Malaysia,

dalam konsep Malaysia mmemang tidak boleh melaksanakan, akan timbul byk kecelaruan. Tapi tiada pula hukumnya haram.

masing2 ada pndangan masing2, biasala kalau berbeza pendapat. Perbezaan untuk mencari yang lebih baik buakn persengketaan. ok, tq