sahabat seperjuangan

HARAMKAN SEMUA CERAMAH POLITIK PAS!!!

Ceramah politik Pakatan Rakyat sangat merbahaya kepada keselamatan negara.

Setiap ceramah yang diadakan
mereka telah membuat fitnah dan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.

Jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera, rakyat jelata akan ditimpa bala petaka.

Penceramah2 yang membuat fitnah dan menghasut rakyat ini harus di tahan dibawah akta ISA.

Ahad, 30 Ogos 2009

Mengapa orang melayu menentang UMNO?

Mengapa kaum melayu sanggup berpecah belahkan kuasa politik nya? Sedangkan hari ini semua kaum melayu sudah hidup senang dan mewah.

Paling malang bagi kaum melayu ini, mereka sudah banyak yang lupa atau tidak mahu lagi pakai ajaran agama islam nya. Agama islam nya mengajara supaya islam itu bersatu padu dan berbaik2 sesama islam.

Malangnya mereka sudah berpecah dan bersengketa sesama islam dalam merebut kuasa politik. Jika mereka berterusan begini, tidak mustahil satu hari nanti kuasa politik ini akan terlepas ketangan asing - cina dan india.

Apalagi yang orang melayu mahukan? Sedangkan mereka tahu bahawa negara kita lebih maju, aman makmur dan kaya jika dibandingkan dengan sesetengah negara jiran.

Hairan, yang sangat menentang kerajaan ini terdiri dari gulungan yang berpelajaran tinggi, hidup mewah dan kaya raya. Mereka harus sedar bahawa kesenangan itu semua bukan dari hasil pemerintahan PAS, PKR atau DAP.

Mereka ini sebenarnya dari gulungan yang busuk hati dan berperasaan dengkit terhadap orang lain sahaja. Mereka sebenarnya sedang membantu musuh untuk menghancurkan pemerintahan negara yang aman makmur ini.

Kerajaan perlu bertindak segera sebelum terlambat. Hapuskan semua pengkhianat negara ini. Guna kan undang2 dan akta yang ada demi untuk menyelamatkan negara yang tercinta ini.