sahabat seperjuangan

HARAMKAN SEMUA CERAMAH POLITIK PAS!!!

Ceramah politik Pakatan Rakyat sangat merbahaya kepada keselamatan negara.

Setiap ceramah yang diadakan
mereka telah membuat fitnah dan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.

Jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera, rakyat jelata akan ditimpa bala petaka.

Penceramah2 yang membuat fitnah dan menghasut rakyat ini harus di tahan dibawah akta ISA.
free counters

Selasa, 8 September 2009

KERA DI HUTAN DI SUSUKAN

Sampai hati Tuan Guru, mementingkan DAP lebih dari kaum melayu yang beragama islam. Walaupun kaum melayu ini menyokong UMNO tetapi mereka semuanya melayu yang beragama islam. Mungkin Tuan Guru anggap melayu yang menyokong UMNO ini semuanya lebih buruk dari DAP yang menetang islam.

Perbuatan Tuan Guru yang menyokong DAP dan mengutuk UMNO ini sangat merugikan kaum melayu. Kaum melayu akan kehilangan kuasa pemerintahan akhirnya nanti. DAP ini sebenarnya komunis yang anti melayu dan juga islam. Perbuatan DAP menyokong PAS se mata2 untuk memecah belahkan kaum melayu. Dengan ini kaum melayu akan jadi tidak kuat lagi kerana berpecah.

Kaum melayu harus sedar PAS sudah jadi gila kuasa hingga sanggup memecah belahkan melayu cuma untuk kepentingan diri pemimpin2 mereka sahaja.

Bersatulah kaum melayu, menentang PAS yang sudah jadi gila kuasa.

7 ulasan:

@zk@m berkata...

perenggan pertama:
knapa kata tok guru lebihkan DAP plak yer? tok guru dari awal lagi da cakap, dia xkan pertahankan melayu, tp akan pertahankan islam. klu org islam kutuk islam, tu kerja dia. namapn kafir. tp orang islam putar belit islam, lu pikir la sendri..... lgpn, brapa ramai org islam dalam UMNO? jgn lupa berapa bnyak anak2 org UMNO minum arak tp buat diam jer?? shari berapa ribu org islam isi borang MURTAD, apa umno buat?? HIDUP MELAYU..... melayu akan terus hidup, tp ngan cara sekular yg semakin menular nih, melayu hanya tinggal bangsa. islam akan mati ditelan prinsip hidup melayu....

knapa mesti disalahkn tuan guru menyokong DAP seolah komunis? bukan ker PM sendri cakap xserupa bikin? walaupn kutuk komunis, tp pergi cina cium tangan orang komunis disana?? bapal segala komunis?? malah, siap nak jual SIME DARBY punya saham kat org komunis?? ops, lupa berita sime darby xkan masuk paper arus perdana, cari dalam Singapore Business Times k? bernas kat hongkong, malah CEO petronaspn nak ditukar ngan kawan baik komunis bermain golf dia.....sapa yg sokong komunis??

perenggan ke tiga. biarla melayu berpecah n bersatu kerana agama. biarla yg sesat terus disesatkn n yg sedar pergi satu site utk berjuang. knapa AYAH PIN xditangkap sekian lama?? bukan ker dalam laporan mengatakn pengikut dia ada yg berpangkat menteri? siapa menteri itu? xkan org PAS kot?? knapa da kecoh satu dunia baru nak tangkap??? knapa ayah pin x dapat masuk kelantan tp bermaharaja lela dia terenganu??

klu bersatu kerana melayu, xkan maju sampai bila2.... islam itu satu, islam untuk semua bukan melayu bukan cina bukan india. bersatula islam dan jgan biarkan MALAYSIA mngulangi sejarah KAMAL ARTARTURK

Bah Lontok berkata...

Adakah semua orang melayu dalam UMNO itu kafir?
Jika jawapanya ia, mengapa mereka yang PAS dan UMNO masih sembahyang dalam satu bumbung masjid, makan setalam dan menyembah tuhan yang sama?

Penyokong PAS ramai yang ada berkeluarga dengan UMNO, begitu juga penyokong UMNO juga ramai berkeluarga dengan PAS, mengapa kaum melayu jenis ini boleh tinggal bersama?

Sebenarnya kesilapan ini disebabkan ahli2 PAS fikir mereka terlalu islam lebih dari islam. Akhirnya mereka nampak macam manusia dungu sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Ciri utama yang membezakan Pas dgn UMNO ialah soal dasar & prinsip. PAS dgn jelas menjadikan Al-Quran & Sunnah sbg dasar perlembagaannya, manakala UMNO pula mengamalkan dasar kebangsaan. Kerana ini, sukar utk bersatu selagi dasar tidak sama. soalan..kenapa umno takut utk ambil Quran & sunnah sebagai dasr? ade kepentingan?

Bah tanya 'Adakah semua orang melayu dalam UMNO itu kafir?'. Kalo nama saja Islam, tp amalan xde, sama je la dgn org bukan islam. Smbahyang sama2...tp..lepas sembahyang, amik rasuah, hina ulamak, berbuat zalim..ape cerita?tu tandanya sembahyang & ibadat x diterima...Ini la yg tok guru kata islam plastik..nama je islam tp imannya xde...

bah pikir2 la ye..bykkan baca kitab2 agama..terutama tentang politik & sirah islam..rajin2 berkawan dgn ulamak...jgn terlalu terpengaruh ngan rtm, tv3suku, utusan meloya dan seumpamanya.

@zk@m berkata...

bah, tgk nih org bijak2 bagi komen kat bah balik..... bah pk la sendri bah, nak berhujah ulang2 nih malas la plak klu bah xnak pk, click kat:

https://www.blogger.com/comment.g?blogID=261228659536690484&postID=4325794138027213883

ntah laaa..... berkata...

bila islam dah teratas selesai la masaalah melayu tu ...

kallilayah berkata...

aku tak tahu nak komen ape ape yang penting pefahaman org yang berfikir dan yang membaca post ini

Tanpa Nama berkata...

Chatting pon bleh dapat duit? http://www.myspacetunai.com/evolutioniii

Isi MINYAK dpt DUIT!!!Mdpt ksama PETRONAS,Koperasi Pelindungan Malaysia (KOPMA) dll.Daftar PERCUMA!! www.svr2u.net/?member=YUSZ_EVO