sahabat seperjuangan

HARAMKAN SEMUA CERAMAH POLITIK PAS!!!

Ceramah politik Pakatan Rakyat sangat merbahaya kepada keselamatan negara.

Setiap ceramah yang diadakan
mereka telah membuat fitnah dan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.

Jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera, rakyat jelata akan ditimpa bala petaka.

Penceramah2 yang membuat fitnah dan menghasut rakyat ini harus di tahan dibawah akta ISA.
free counters

Rabu, 24 Februari 2010

Ulamak PAS - celupar

Para pemimpin2 ulamak PAS sudah nampak keterlaluan semenjak parti itu mendapat sokongan dari DAP dan PKR. Mereka sudah sanggup tinggalkan perjuangan asal nya iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Malang sungguh bagi PAS, sudah jauh tersasar dari perjuangan asalnya. Sebenar nya DAP menentang ber sungguh2 cadangan PAS untuk tubuhkan negara Islam. Begitu juga dengan PKR yang mahu sokongan DAP terpaksa juga menentang kehendak PAS untuk tubuhkan negara Islam.

Negara Islam PAS hanya khayalan pemimpin2 dan penyokong nya sahaja. Tidak mungkin sama sekali PAS boleh tubuhkan negara Islam di Malaysia. Kerana penduduk Islam nya cuma lebih kurang 50% sahaja. Sedangkan Islam yang sokong PAS tidak sampai 10%.

Sudah banyak ucapan2 dan kata2 yang keluar dari mulut pemimpin2 PAS ini tidak menyenangkan rakyat. Baru2 ini terkeluar pula kata2 yang berbentuk menghina kaum asli pula. Saorang pemimpin PAS yang bergelar Tuan Guru telah menghina kaum Jakun. Dia sudah samakan wakil rakyat yang lompat parti sama dengan kaum Jakun.

Hina sangat kah kami orang asli ini sehinggakan boleh dijadi kan kepada contoh2 perangai busuk. Ada lah sangat tidak baik menghina sesama manusia, apatah lagi yang menghina itu seorang Tuan Guru pula.

Kami kaum asli, mohon Tuan Guru ini memberi penjelasan dan minta maaf diatas keterlanjuran nya itu. Kami dengan senang hati bersedia memaafkan nya.


Sedikit penerangan tentang suku kaum Jakun:-

Jakun

Suku Jakun atau orang Ulu merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Pahang, Johor. Mereka dikelaskan sebagai 'Pra-Melayu' dari Mongoloid Selatan.

Jakun terbahagi 2 iaitu Jakun di hutan dan Jakun di tepi laut (Orang Laut / Orang Kuala).

Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua. Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.

Selasa, 9 Februari 2010

Zaman kebangkitan Pakatan Rakyat sudah berakhir

Yamsenggggg!!!!! Kita berjaya!!!!!

Pakatan Rakyat yang tidak pernah sepakat sudah mula runtuh dan akan berkecai dengan sendiri nya. Kita sudah sedang saksikan PR semakin bermasalah, mereka sedang rancak 'berkelahi' sesama sendiri - PKR lawan DAP, DAP lawan PAS, PAS lawan PKR, semuanya sudah tidak sepakat lagi.

Pada keseluruhan nya yang nampak bodoh ialah PAS, sudah lah pecah-belah kan kaum melayu, PAS juga sanggup sokong DAP yang terang2 anti melayu. PAS tidak boleh bodohkan semua melayu. Hari ini sudah ramai melayu yang tidak lagi sokong PAS. Sekarang PAS cuma haraf kan sokongan dari cina dan india sahaja.

PAS harus sedar bahawa sokongan kaum cina dan india terhadap PAS 'ada udang di sebalik batu'. Mereka telah sokong PAS bukan nya kerana mahu perjuangkan melayu, sebalik nya cuma mahu kan PAS sokong mereka untuk dapatkan kuasa. Hasil nya mereka sudah dapat kuasai P Pinang.

Sekarang kita lihat apa telah jadi dengan orang melayu dibawah perintah DAP, melayu sudah jadi hampir serupa dengan kaum Palestin. Jadi pelarian di negara sendiri. Bukti nya telah kita saksikan dari kaca mata kita sendiri, tidak cukup dengan bukti itu kita juga telah dengar sendiri dari mulut2 pemimpin PKR tentang rancangan jahat DAP itu.

Kaum melayu harus sedar, cuma UMNO sahaja yang boleh membela melayu, bukan nya DAP, PKR atau PAS. Bukti nya kini kita sedang hidup senang dan mewah, semua ini semuanya dari hasil pemerintahan BN yang di terajui oleh UMNO.

DAP, PKR atau PAS belum pernah berjasa apa2 terhadap kaum melayu. Cuba kalau boleh tuan2/puan2 sebutkan apa jasa2 mereka yang ada terhadap kaum melayu.

Rabu, 3 Februari 2010

Perbalahan Politik Melayu - bila akan berakhir?

Mengapa pemimpin2 Islam tidak mahu menerima hakikat bahawa perpecahan kaum itu akan membawa bencana kepada agama dan bangsa? Adakah pemimpin2 Islam ini sedar bahawa melayu/islam sedang berada dalam genggaman kaum bukan melayu?

Perpecahan kaum melayu dalam politik sangat merugikan melayu itu sendiri. Hari ini kita sudah nampak bukti bahawa kaum melayu sedang dipermainkan oleh kaum bukan melayu.

Melayu terpaksa tunduk kepada mereka, melayu sudah sanggup buat apa saja terhada kehendak dan perintah mereka. Melayu terpaksa buat begini se mata2 mahukan sokongan politik dari mereka.

Kaum bukan melayu ini sudah menjadi kaum yang dianggap penting dan sangat disanjung oleh orang melayu. Maka dengan itu tidak hairan lah jika segala perintah dan kemahuan nya terpaksa di akuri oleh kaum melayu.

Jika begini lah keadaan nya berterusan, akhirnya melayu akan berada dibawah telapak kaki kaum bukan melayu.

Sepatutnya melayu itu bersatu dalam sebuah parti. Jika ini dapat dilaksanakan, pasti kaum bukan melayu ini akan tunduk pula ikut perintah kehendak melayu.

Bukan nya orang islam tidak tahu mengapa Palestin boleh dijajah oleh Isreal. Ianya berlaku kerana bangsa Palestin berpecah belah tidak sehaluan. Inilah sebabnya mereka menjadi lemah dan hari2 ramai orang Palestin dibunuh oleh orang Isreal.

Melayu pasti akan musnah jika kuasa politik nya berpecah belah.