sahabat seperjuangan

HARAMKAN SEMUA CERAMAH POLITIK PAS!!!

Ceramah politik Pakatan Rakyat sangat merbahaya kepada keselamatan negara.

Setiap ceramah yang diadakan
mereka telah membuat fitnah dan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.

Jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera, rakyat jelata akan ditimpa bala petaka.

Penceramah2 yang membuat fitnah dan menghasut rakyat ini harus di tahan dibawah akta ISA.
free counters
Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan

Ahad, 18 April 2010

PRK P94 Hulu Selangor


Dah agak lame juga Bah tak baharui posting, buka ape, cuma maleh aje nak ngadap komputer tu, ngadap cucu2 lagi seronok.

Tapi disebabkan dengar khabarnya ada pula PRK disebabkan kematian di P94 Hulu Selangor, maka Bah teringin juga masuk kempen sekaki. Bukan nya ape2 cuma nak menangkan BN supaya dapat ambil kembali P94 tu dari PKR.

Bah memang benar2 tak suka PKR ni, bukan PKR aje, PAS lagi Bah benci sangat. Sebabnya kedua2 parti ni sangat tunduk dan takut dengan DAP. Buat kerja semua kena itu cara dan perintah DAP.

Kalau parti PR ni dapat perintah negara habis le melayu terutamanya kaum asli. Semuanya kena terjun laut, bukan nya ape, sebab semua tanah2 akan mereka ambil dan kuasai, tak ada harapan lagi untuk kita hidup senang dan mewah macam hari ini lagi.

Jadi Bah haraf agar semua orang melayu pertahankan kuasa UMNO dan BN terutamanya supaya dapat terus membela dan kekalkan kedudukan kita yang ada seperti sedia kala ini.

Jangan sampai 'menang sorak, kampung tergadai'.

Salam buat sementara waktu.

Selasa, 9 Februari 2010

Zaman kebangkitan Pakatan Rakyat sudah berakhir

Yamsenggggg!!!!! Kita berjaya!!!!!

Pakatan Rakyat yang tidak pernah sepakat sudah mula runtuh dan akan berkecai dengan sendiri nya. Kita sudah sedang saksikan PR semakin bermasalah, mereka sedang rancak 'berkelahi' sesama sendiri - PKR lawan DAP, DAP lawan PAS, PAS lawan PKR, semuanya sudah tidak sepakat lagi.

Pada keseluruhan nya yang nampak bodoh ialah PAS, sudah lah pecah-belah kan kaum melayu, PAS juga sanggup sokong DAP yang terang2 anti melayu. PAS tidak boleh bodohkan semua melayu. Hari ini sudah ramai melayu yang tidak lagi sokong PAS. Sekarang PAS cuma haraf kan sokongan dari cina dan india sahaja.

PAS harus sedar bahawa sokongan kaum cina dan india terhadap PAS 'ada udang di sebalik batu'. Mereka telah sokong PAS bukan nya kerana mahu perjuangkan melayu, sebalik nya cuma mahu kan PAS sokong mereka untuk dapatkan kuasa. Hasil nya mereka sudah dapat kuasai P Pinang.

Sekarang kita lihat apa telah jadi dengan orang melayu dibawah perintah DAP, melayu sudah jadi hampir serupa dengan kaum Palestin. Jadi pelarian di negara sendiri. Bukti nya telah kita saksikan dari kaca mata kita sendiri, tidak cukup dengan bukti itu kita juga telah dengar sendiri dari mulut2 pemimpin PKR tentang rancangan jahat DAP itu.

Kaum melayu harus sedar, cuma UMNO sahaja yang boleh membela melayu, bukan nya DAP, PKR atau PAS. Bukti nya kini kita sedang hidup senang dan mewah, semua ini semuanya dari hasil pemerintahan BN yang di terajui oleh UMNO.

DAP, PKR atau PAS belum pernah berjasa apa2 terhadap kaum melayu. Cuba kalau boleh tuan2/puan2 sebutkan apa jasa2 mereka yang ada terhadap kaum melayu.