sahabat seperjuangan

HARAMKAN SEMUA CERAMAH POLITIK PAS!!!

Ceramah politik Pakatan Rakyat sangat merbahaya kepada keselamatan negara.

Setiap ceramah yang diadakan
mereka telah membuat fitnah dan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.

Jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera, rakyat jelata akan ditimpa bala petaka.

Penceramah2 yang membuat fitnah dan menghasut rakyat ini harus di tahan dibawah akta ISA.
free counters
Memaparkan catatan dengan label Barisan Nasional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Barisan Nasional. Papar semua catatan

Khamis, 10 Jun 2010

Pembentangan RMK-10 bikin PR lemah lutut~~~~~~

Program RMK10 yang telah di bentangkan oleh YB PM DSNTR hari ini benar2 mengkagumkan semua lapisan rakyat Malaysia. Ianya telah benar2 menggambarkan kesungguhan kerajaan meneruskan kesenambungan program membangunkan negara dan memajukan rakyat.

Jelas dan nyata sejak dari RMK-1 hingga ke RMK-9 kita telah saksikan bertapa hebatnya pembangunan yang berlaku di Malaysia. Begitu juga dengan kemajuan rakyatnya. Cuma manusia yang pekak buta tuli sahaja yang menafikan perkara kejayaan RMK selama ini.

Seterusnya Bah menyeru kepada semua masyarakat kaum Asli bersatu padu berdiri teguh dihadapan kerajaan Barisan Nasional yang adil, jujur dan perkasa. Tidak boleh dinafikan bahawa keadaan kaum Asli sudah berada ditahap yang maju dan terbela. Jika dua atau tiga puluh tahun dahulu kaum Asli tinggal di hutan dan hidup melarat.

Kini kaum Asli sudah ramai tinggal di bandar dan berpelajaran tinggi serta menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Anak2 kaum Asli yang bersekolah telah dilayan seperti anak emas di sekolah2 oleh kerajaan BN. Semua nya bantuan diberikan dengan percuma.

Sebenarnya Pakatan Rakyat sudah kehabisan modal untuk menentang kerajaan BN. Makin hari mereka semakin lemah, terutamanya dibahagian lututnya. Tidak lama lagi PR pasti akan jatuh terduduk kerana asakan hebat dari kerajaan BN.

Selasa, 9 Februari 2010

Zaman kebangkitan Pakatan Rakyat sudah berakhir

Yamsenggggg!!!!! Kita berjaya!!!!!

Pakatan Rakyat yang tidak pernah sepakat sudah mula runtuh dan akan berkecai dengan sendiri nya. Kita sudah sedang saksikan PR semakin bermasalah, mereka sedang rancak 'berkelahi' sesama sendiri - PKR lawan DAP, DAP lawan PAS, PAS lawan PKR, semuanya sudah tidak sepakat lagi.

Pada keseluruhan nya yang nampak bodoh ialah PAS, sudah lah pecah-belah kan kaum melayu, PAS juga sanggup sokong DAP yang terang2 anti melayu. PAS tidak boleh bodohkan semua melayu. Hari ini sudah ramai melayu yang tidak lagi sokong PAS. Sekarang PAS cuma haraf kan sokongan dari cina dan india sahaja.

PAS harus sedar bahawa sokongan kaum cina dan india terhadap PAS 'ada udang di sebalik batu'. Mereka telah sokong PAS bukan nya kerana mahu perjuangkan melayu, sebalik nya cuma mahu kan PAS sokong mereka untuk dapatkan kuasa. Hasil nya mereka sudah dapat kuasai P Pinang.

Sekarang kita lihat apa telah jadi dengan orang melayu dibawah perintah DAP, melayu sudah jadi hampir serupa dengan kaum Palestin. Jadi pelarian di negara sendiri. Bukti nya telah kita saksikan dari kaca mata kita sendiri, tidak cukup dengan bukti itu kita juga telah dengar sendiri dari mulut2 pemimpin PKR tentang rancangan jahat DAP itu.

Kaum melayu harus sedar, cuma UMNO sahaja yang boleh membela melayu, bukan nya DAP, PKR atau PAS. Bukti nya kini kita sedang hidup senang dan mewah, semua ini semuanya dari hasil pemerintahan BN yang di terajui oleh UMNO.

DAP, PKR atau PAS belum pernah berjasa apa2 terhadap kaum melayu. Cuba kalau boleh tuan2/puan2 sebutkan apa jasa2 mereka yang ada terhadap kaum melayu.