Malang sungguh bagi PAS, sudah jauh tersasar dari perjuangan asalnya. Sebenar nya DAP menentang ber sungguh2 cadangan PAS untuk tubuhkan negara Islam. Begitu juga dengan PKR yang mahu sokongan DAP terpaksa juga menentang kehendak PAS untuk tubuhkan negara Islam.
Negara Islam PAS hanya khayalan pemimpin2 dan penyokong nya sahaja. Tidak mungkin sama sekali PAS boleh tubuhkan negara Islam di Malaysia. Kerana penduduk Islam nya cuma lebih kurang 50% sahaja. Sedangkan Islam yang sokong PAS tidak sampai 10%.
Sudah banyak ucapan2 dan kata2 yang keluar dari mulut pemimpin2 PAS ini tidak menyenangkan rakyat. Baru2 ini terkeluar pula kata2 yang berbentuk menghina kaum asli pula. Saorang pemimpin PAS yang bergelar Tuan Guru telah menghina kaum Jakun. Dia sudah samakan wakil rakyat yang lompat parti sama dengan kaum Jakun.
Hina sangat kah kami orang asli ini sehinggakan boleh dijadi kan kepada contoh2 perangai busuk. Ada lah sangat tidak baik menghina sesama manusia, apatah lagi yang menghina itu seorang Tuan Guru pula.
Kami kaum asli, mohon Tuan Guru ini memberi penjelasan dan minta maaf diatas keterlanjuran nya itu. Kami dengan senang hati bersedia memaafkan nya.
Sedikit penerangan tentang suku kaum Jakun:-
Jakun
Suku Jakun atau orang Ulu merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Pahang, Johor. Mereka dikelaskan sebagai 'Pra-Melayu' dari Mongoloid Selatan.
Jakun terbahagi 2 iaitu Jakun di hutan dan Jakun di tepi laut (Orang Laut / Orang Kuala).
Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua. Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.
3 ulasan:
ketika JHEOA selepas pemerintahan umno maka suku jakun,org seletar & temuan dimasukkan dlm golongan org asli sebab mereka tdk beragama islam, ini adalah fakta sebenar kerajaan malaysia yg mengiftirafkan orang asli megikut acuan meraka.
Sekarang dah ramai kaum asli beragama Islam. Itu lah berkat kegigihan kerajaan BN memerintah negara.
Bah,
Ini adalah satu fakta sejarah & hakikat, OA sendiri pun tahu asal usul mereka dr mana mereka datang, senang2 nk suku kaum lain dlm golongan orang asli. Lain kali bawak bangla ke..Nepal ke.. jadi OA lg bagus.
Catat Ulasan